Monday, August 13, 2012

What If....



Salam


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya engkau sibuk berzikir

Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu

Mendayu..merayu. ..kepadaNYA Tuhan yang satu


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu

Solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu'

Tubuh dan qalbu...bersatu memperhamba diri

Menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji

"Innasolati Wanusuki Wamahyaya Wamamati Lillahirabbil 'Alamin"

[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


WaAllahu ta'ala a'lam







Thursday, April 26, 2012

Orang Paling Penting Selepas Keluarga


Bukannya senang nak cari kawan yang baik .
Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baik nya.
Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.

Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya mempunyai ramai kawan baik, kerana kawan yang baik tahu apa yang paling baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baik nya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak menghargai kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita, kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskah ini kepada kawan-kawannya, bukan kerana terpaksa, bukan kerana suka-suka, tetapi untuk dijadikan pedoman oleh
kawan-kawannya supaya dapat menjadi kawan yang baik kepada kawan baik nya.

Dan kalau kita nak dapat kawan baik yang baik, kita mesti lebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik...!!!!!

InsyaAllah
this for u 11M16


wallahu'alam

Tuesday, January 10, 2012

Ujian...Ujian dan Ujian lagi

Salam....(tepuk-tepuk habuk di blog)

Setiap permulaan semester dimulakan dengan mendapat keputusan dari semester lepas...dari situ ramai lah yang bergembira,tidak kurang juga bersugul...jadi harapnya entry ini dapat membantu sedikit sebanyak

:: Ujian ::

Ada yang mengatakan ujian adalah kesusahan pada tubuh badan kesusahan pada jiwa apa untungnya Allah menyusahkan jasad dan jiwa bukankah ia tidak menambahkan keagungan dan kemuliaan-Nya apalagi Dia Maha Mengasihani Maha Sopan-santun.


Pandanglah ujian dengan hatimu
Ujian adalah perbuatan Tuhanmu
Bukan untuk menghancurkan tetapi untuk meneguhkanmu
Bila kamu memperolehi keteguhan baharu kamu menjadi pilihan
Bila sudah lulus dan dipilih
Dia bangga memperkenalkan kamu kepada makhluk-Nya
Keteguhan kamu melintasi ujian
Menjadi dalil pilihan-Nya adalah tepat
Inilah keadilan-Nya.


Ujian ditujukan kepada rohani bukan kepada jasad atau jiwa
Tujuannya untuk mengukur tauhid
Bukan sekadar untuk kesabaran
Apakah nilai sabar tanpa tauhid
Bukankah sabar juga bersama si kafir.


Ujian yang diterima dengan iman meneguhkan tauhid
Menambahkan kekuatan pandangan hati
Tidak berkelip memandang kepada Tuhan
Sehingga kepedihan ujian menjadi kemanisan.


Ujian adalah pentas sandiwara
Mempamerkan kebijaksanaan Tuan Pengarah
Bila engkau diberi watak menderita
Hingga berjaya membuat penonton menangis
Ketahuilah
Engkau adalah pelakon penting
Diasuh untuk menjadi bintang
Bakal menerima ganjaran lumayan.

Apabila engkau menjadi pelakun
apa bezanya watak gembira dengan watak duka
skrip di tangan Tuan Pengarah.

Ingatlah jika Allah menurunkan ujian utk mendekatkan kita kepada Allah, kita akan bersabar dengan ujian itu, tetapi jika Allah ingin menurunkan punishment kepada kita, kita akan rasa marah dan agitated dengannya
Sheikh Abdul Qadir Jilani




Friday, August 12, 2011

'DuIt,dUiT,DuIt'

Assalamualaikum anak-anak murid sume(lme nyer xupdate)! ngee~~
Saya sebagai seorang yang bercita-cita (dulu) untuk menjadi seorang cikgu Matematik, tapi sayangnya tak kesampaian... sob3.

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. hehehe. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita mulakan okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? kat mana-mana je pun boleh. Rukun solat sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;

Solat sendirian = RM1,

Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari pulak;

Sehari;

5 kali X RM1 = RM5,

5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng):). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. Hehe. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;

30 hari X RM5 = RM150

30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. Hoho. Siapa la yang nak gaji kecik kan?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun

Setahun;

12 bulan X RM150 = RM1,800

12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu ! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? Hehe..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dan sebagainya. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je .. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh kejap , ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! InsyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manefestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jaaaauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom sesame start kumpul 'duit' banyak-banyak!! :)) selamat beramal


Wallahu'alam

Sunday, July 17, 2011

SERULAH..KITA TIDAK SENDIRI..~

Salam semua...sedikit nukilan...

Hati sy resah.. itulah yg sy rasakan. Namun Allah selalu memujuk..
dan sy mmg sgt merasakan bahwa pergantungn pada Allah itu adlh suatu perkara yg sangat penting akhirnya..

Dlu sy hnya buat segala perkara.. tawakal merupakan perkara last yg akan sy lakukan..tp hakikatnya.. seharusnya, sy sudah meletakkan tawakal sy di awal2nya lg.. sblm sy melakukan setiap urusan dan pekerjaan..

Syukur tak terhingga.. krn jalan dakwah dan tarbiyah ini telah mngajarkn sy mnjadi seorg manusia yg tidak terlepas dari hanya bertawakal kepada Allah seiring dengan usaha yg sy lakukan.

Seawal pg hari ini.. sy mmbaca blog seorg murabbi yg amat sy segani.. tentang hal2 kesabaran..ternyata sabar itu juga sebenarnya sgt terkait dgn kebergantungn kita kepada Allah iaitu tawakal. kadang2 sy merasakan di jalan dakwah dan tarbiyah inilah Allah akan banyakkkk menguji kita..

Allah uji dengan sikap2 manusia.. dan di situ Dia melatih kita utk selalu berdoa agar dicampakkan hidayah ke dalam hati manusia2 itu... lalu kita bertawakal kepada-Nya...

Syukur alhamdulillah.. krn Allah telah meletakkan sy di bumi ini..
sy kira, di mana pun pasti akan ada hal2 tersendiri yg kita boleh ambil ibrah(pengajaran) dari pengalaman tarbiyah yg kita lalui..

Adakalanya sy merasa 'down'.. ketika jalan dakwah dan tarbiyah ini menguji sy dan sahabat2 dgn ujian tarbiyah sehebat2nya..

Namun sy tidak terus membiarkan rasa itu terus membuatkan hati sy merundum dan iman sy rata di bawah paksi X mnuju ke angka negatif.

Di mana2 pun, iman kita pasti di uji..itu ialah stu yg pasti..

Klu bkn di uji oleh keengganan mad'u utk dtg ke progrm.. mgkin di uji oleh sikap akhwat sendiri yg sush utk beri kerjasama.. itu biasa. dan di mana2 pun akan berlaku perkara yg mirip2 sama dan kesabaran tanpa putus asa + tawakal itu menjadi kuncinya..

Dulu, sy merasa utk membentuk manusia 'baru' itu susah.. tp skrg.. membentuk manusia2 yg sudah 'lama' dlm dakwah dan tarbiyah itu ternyata lebih susah..

Lagi2 apabila ada akhwat yg sudah terasa agak 'bosan' dgn kerja2 dakwah dan tarbiyah yg lebih kurang sama. namun, adakah krn hal ini di jadikan sbgai alasan sedikit demi sedikit lari dari jalan dakwah dan tarbiyah?

Krn rasa sudah letih.
Krn rasa tidak nampak hasilnya.
atau krn rsa sudah habis harta diinfa'kan utk jalan dakwah dan tabiyah sahaja?

inilah penyakit futur yg amat2 sy takuti jika berlaku dikalangan akhwat sy yg amat2 sy cintai dan sy sayangi krn ikatan seakidah.

eratkan ikatan hati kita utk dakwah ini..

perbetulkan niatmu..

inilahlah jalan dakwah dan tarbiyah..

prosesnya lama dan panjang..

pasti, kadang2 membuatkan org2 rasa bosan dan muak.

namun, Allah itu tahu.

Allah itu ada bersama2 kita.

di setiap langkah kita utk ad-din ini.

Knp harus ragu?
Knp harus merasakan kita tidak tertolong, sedangkan kita yg menutup diri kita utk di tolong?
Lupakah kita akan Allah yg sentiasa membuka pintu2 tawakal utk kita bersandar pd-Nya ??
Sedarlah duhai ukhti yg ikatan cinta kita terbina atas dasar akidah, atas dasar iman, juga atas dasar kasih syg Allah...

KITALAH PENGGERAK,KITALAH MURABBI,KITALAH MUTARABBI.....
dan kita jugalah...
makhluk Allah yg tak terlahir di dunia ini hanya utk bergoyang kaki..

kitalah seorang insan biasa yg memikul amanah berat mewaris amanah para nabi..
dakwah memang tidak memerlukan kita,
malah dakwah tidak rugi apa pun jika kita tidak memilihnya,

tetapi kitalah yg rugi.. krn tidak memilih dakwah!


ayuh ukhti, bangunlah!

serulah!

bumi ini sudah tenat.. oleh tangan2 manusia yg kufur akan nikmat dan hakikat.




wuallahu'alam..~

Wednesday, June 22, 2011

Realiti Perkahwinan Sekarang!!

Salam semua.....

Sabtu lalu, penulis menghadiri empat majlis perkahwinan dan satu kenduri arwah. Banyak lagi jemputan penulis uzurkan diri. Mungkin badan sudah panas manakala kepala pusing selepas makan terlalu banyak nasi beriani dan minyak, daging serta minum air batu. Demikianlah, orang
Melayu 'pulun' habis - ada yang sibuk menikahkan anak dan ada yang terkenangkan arwah tersayang menjelang bulan puasa tidak lama lagi. Itulah sebabnya mereka buat kenduri, kenduri dan kenduri lagi.

Apa yang penulis amati, majlis perkahwinan orang Melayu masa kini melalui evolusi masa, antaranya semua majlis yang dihadiri, tiada satu pun yang mengamalkan makan secara berhidang sebaliknya berdasarkan konsep layan diri - ceduk sendiri dan makan.

Layanan petugas adalah minimum - ada gadis dan pemuda yang menghulur buah tangan iaitu kotak kecil mengandungi gula-gula dan coklat tetapi bukanlah jenis coklat yang disalutkan ke strawberi! Sekarang hampir tiada buah tangan kotak telur bunga telur.

Khemah orang sekarang pun 'dahsyat-dahsyat'. Walau di ceruk kampung, khemahnya adalah daripada kain yang menyeret hingga ke tanah dan dalam waktu terakhir ini penulis tidak ketemui lagi khemah 'simple' daripada atap zink dan tiang besi. Kalau khemah dibuat daripada buluh, rasanya lagi sudah pupus tidak penulis ketemui.

Pendeknya sudah berlaku pelbagai perubahan dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Ini termasuklah kad kahwin, yang baru-baru ini akak penulis mengomel. Katanya, apalah budak-budak sekarang, buat kad kahwin, disertakan gambar bakal pasangan pengantin berpeluk-peluk. Masa mereka ambil gambar itu, dia orang ingat dia sudah jadi suami isteri ke?

Budak-budak sekarang sudah melampau, kata pula seorang ustaz ketika majlis Israk Mikraj yang penulis hadiri baru-baru ini. Beliau mengulas tiga dugaan utama seseorang manusia (lelaki) iaitu perempuan, harta dan pangkat. Apabila memperkatakan dugaan perempuan, beliau
berkata budak-budak sekarang kalau bercinta, melampaui batas, berlebih-lebih.

Ambil contoh kalau seseorang pemuda itu sedang mabuk bercinta. Pukul tujuh, ketika ke masjid untuk solat maghrib, kita nampak dia di atas motor sedang bercakap dengan 'aweknya' menggunakan telefon of course, pukul 9.30 malam, ketika kita balik dari masjid, dia masih bertenggek atas motor itu, berbual lagi. Apa benda yang sedap sangat agaknya dia bualkan sampai berjam-jam itu? Tak terfikirkah dia maghrib sudah lepas, nanti Isyak dan subuh pun boleh terlepas sama.

Itulah orang sekarang, kata ustaz itu. Belum kahwin boleh bercakap berjam-jam, tetapi selepas kahwin senyap saja. Sebab masa belum kahwin dulu, dia dah cakap habis-habisan, jadi lepas kahwin dia tidak ada bahan nak cakap lagi. Pasangan ini sudah habis modal jadi mereka senyap ajelah, alih-alih kita dengar dia orang dah bercerai pula.

Ini berlainan dengan orang dulu, kata ustaz itu. Pasangan pengantin dulu tak kenal satu sama lain. Mereka ikut saja cakap mak bapak. Kalau keluarga mereka dah berkenaan kat seorang anak dara itu, mereka ikut saja. Ketika mula kahwin mereka 'silent' saja, tetapi selepas
beberapa tahun kahwin, tup-tup anak dah lapan, ade yg sampai 12! Itu tandanya apa? Tanda bahagialah tu!

Dalam sebuah kuliah subuh yang penulis hadiri, penceramah dalam bab nikah kahwin, berkata kalau kita sebagai bapa (penjaga) kepada anak-anak gadis, pilihlah bakal menantu yang baik agama dan akhlaknya. Jalankan siasatan dan risikan sama ada bakal menantu solat lima
waktu dan menunaikan amalan agama lain. Soalan pertama untuk rombongan bakal menantu, 'budak' tu sembahyang tak, bukan seperti kebanyakan kita yang bertanyakan, dia kerja apa, gaji dia berapa, 'pass' universiti mana dan pakai kereta apa?

Kalau soalan pertama (solat), dia 'fail', lebih baik jangan dijadikan menantu. Orang yang tidak solat, sudah pasti 'fail' dalam bab-bab lain seperti puasa. Kalau dia tidak takutkan Allah, bagaimana dia nak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga, nak
memimpin isteri dan anak-anaknya?

Bagi calon isteri pula, carilah juga yang kuat beragama walaupun ciri-ciri lain seperti keturunan, subur dan kecantikan juga penting. Janganlah seperti orang sekarang yang suka cari orang glamor seperti artis.

Perkahwinan adalah satu ibadat, bukan untuk bermegah-megah, kononnya dapat kahwin artis, pelakon hebat dan sebagainya tetapi agama dan akhlaknya tidak diperhatikan.

Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44.

Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.




Sekian, wassalam.

Thursday, May 26, 2011

Iman Semut Vs Iman Manusia

Salam semua.....phew..lamanya xpost..mklumlah sdikit ksibukan dgn reports n sbgnya...do enjoy this very interesting comparison

IMAN SEMUT!!!

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Apabila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Vs
Sekian,WA