Friday, August 12, 2011

'DuIt,dUiT,DuIt'

Assalamualaikum anak-anak murid sume(lme nyer xupdate)! ngee~~
Saya sebagai seorang yang bercita-cita (dulu) untuk menjadi seorang cikgu Matematik, tapi sayangnya tak kesampaian... sob3.

Tapi hari ini saya nak jugak mengajar subjek Matematik! Saya rasa bab ni penting sangat untuk anak-anak murid sume aplikasikan di masa hadapan. Tapi jangan risau, bab ni senang jer, dan menarik. Cikgu yang tak bertauliah cam saya pun boleh ajar.. hehehe. Jadi sume pelajar sila baca surah al-Fatihah dan doa belajar dulu, sebelum kita mulakan okeh?

Okeh, tajuk bab yang akan cikgu ajar hari ni adalah; Aplikasi Darab dalam Kehidupan!

Orait, subtopik yang pertama dalam bab ini adalah Perbezaan Nilai Solat Sendirian dan Berjemaah. Solat kat mana? kat mana-mana je pun boleh. Rukun solat sama je, sama ada buat sendiri atau berjemaah. Tempoh dia pun lebih kurang sama. Cuma kalau buat berjemaah, lagi best kan?

Untuk subtopik ini, hanya formula di bawah ni jer yang akan kita gunakan;

Formula;

Solat sendirian = RM1,

Solat berjemaah = RM27

Haa, nampak tak beza 'gaji' dia? Tak banyak pun kan? RM26 jer pun.. Tapi itu baru satu waktu! Jadi, jom kita darabkan dengan 5 kali setiap hari pulak;

Sehari;

5 kali X RM1 = RM5,

5 kali X RM27 = RM135 (beza 130)

Waaa, banyakkan beza?? Yang solat sendirian dapat RM5 jer sehari (kalau tak ponteng):). Tapi kalau yang berjemaah, boleh dapat sehingga RM135 seorang! Boleh beli kasut futsal Adidas F50 kot. Hehe. Okeh, sekarang kita darabkan dengan sebulan lak;

Sebulan;

30 hari X RM5 = RM150

30 hari X RM135 = RM4,050 (beza 3,900)

Whoooaaa!! Boleh dapat sampai RM4,050 tuu, kalah gaji bulanan Arkitek! Selamba je boleh angkat DSLR Canon 60D. Kalau tambah lagi seribu, dah boleh pergi umrah, kan? Mesti kita dah tak tengok yang RM150 tu je kan? Takat duit minyak kereta balik Kota Bharu - Johor Bahru boleh la. Hoho. Siapa la yang nak gaji kecik kan?

Haaa, sekarang kita tengok berapa lak kita boleh kumpul dalam setahun

Setahun;

12 bulan X RM150 = RM1,800

12 bulan X RM4,050 = RM48,600 (beza 46,800)

Perghhhhh!! Dekat RM50 ribu ! Itupun belum termasuk solat-solat sunat lagi. Dah boleh angkat kereta Persona cash kot. Ke nak RM1800 je setahun? Hehe..

Ok la, let's be realistic; mungkin tak semua waktu kita dapat berjemaah. Sebab tak sempat dan sebagainya. Mungkin average 3-4 kali je sehari. So, mungkin boleh dapat dekat RM30-40 ribu lebih je .. Tapi kita masih ada bonus dan overtime! Bonus tu adalah seperti solat-solat sunat Rawatib (solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu). Dan overtime lak seperti solat malam. Jadi, kita masih mampu dapatkan sehingga RM50 ribu setahun!!

Dan bayangkan berapa juta ringgit kita boleh kumpul sepanjang hayat kita... Fuh, lumayan kan?

Eh kejap , ganjaran solat ni dalam bentuk wang ringgit ke? Buat ape duit banyak-banyak kat akhirat nanti?

Dengan 'duit' bekal yang kita ada ini la akan menjadi sumber kekayaan dan kenikmatan hidup di akhirat nanti. Berapa banyak 'duit' yang kita kumpul akan menentukan tangga syurga yang akan kita diami. Dan harus kita ingat; jika 'duit' kita lebih banyak dari 'hutang' yang kita ada, barulah layak kita diterima ke syurga Allah! InsyaAllah..

Istilah 'duit' ini hanyalah manefestasi akan ganjaran yang Allah janji di akhirat kelak. Malah ia jaaaauuuh lebih berharga dari duit - langsung tak terjangkau dek akal, akan bentuk ganjaran yang Allah nantikan buat kita.

Jadi, jom sesame start kumpul 'duit' banyak-banyak!! :)) selamat beramal


Wallahu'alam

Sunday, July 17, 2011

SERULAH..KITA TIDAK SENDIRI..~

Salam semua...sedikit nukilan...

Hati sy resah.. itulah yg sy rasakan. Namun Allah selalu memujuk..
dan sy mmg sgt merasakan bahwa pergantungn pada Allah itu adlh suatu perkara yg sangat penting akhirnya..

Dlu sy hnya buat segala perkara.. tawakal merupakan perkara last yg akan sy lakukan..tp hakikatnya.. seharusnya, sy sudah meletakkan tawakal sy di awal2nya lg.. sblm sy melakukan setiap urusan dan pekerjaan..

Syukur tak terhingga.. krn jalan dakwah dan tarbiyah ini telah mngajarkn sy mnjadi seorg manusia yg tidak terlepas dari hanya bertawakal kepada Allah seiring dengan usaha yg sy lakukan.

Seawal pg hari ini.. sy mmbaca blog seorg murabbi yg amat sy segani.. tentang hal2 kesabaran..ternyata sabar itu juga sebenarnya sgt terkait dgn kebergantungn kita kepada Allah iaitu tawakal. kadang2 sy merasakan di jalan dakwah dan tarbiyah inilah Allah akan banyakkkk menguji kita..

Allah uji dengan sikap2 manusia.. dan di situ Dia melatih kita utk selalu berdoa agar dicampakkan hidayah ke dalam hati manusia2 itu... lalu kita bertawakal kepada-Nya...

Syukur alhamdulillah.. krn Allah telah meletakkan sy di bumi ini..
sy kira, di mana pun pasti akan ada hal2 tersendiri yg kita boleh ambil ibrah(pengajaran) dari pengalaman tarbiyah yg kita lalui..

Adakalanya sy merasa 'down'.. ketika jalan dakwah dan tarbiyah ini menguji sy dan sahabat2 dgn ujian tarbiyah sehebat2nya..

Namun sy tidak terus membiarkan rasa itu terus membuatkan hati sy merundum dan iman sy rata di bawah paksi X mnuju ke angka negatif.

Di mana2 pun, iman kita pasti di uji..itu ialah stu yg pasti..

Klu bkn di uji oleh keengganan mad'u utk dtg ke progrm.. mgkin di uji oleh sikap akhwat sendiri yg sush utk beri kerjasama.. itu biasa. dan di mana2 pun akan berlaku perkara yg mirip2 sama dan kesabaran tanpa putus asa + tawakal itu menjadi kuncinya..

Dulu, sy merasa utk membentuk manusia 'baru' itu susah.. tp skrg.. membentuk manusia2 yg sudah 'lama' dlm dakwah dan tarbiyah itu ternyata lebih susah..

Lagi2 apabila ada akhwat yg sudah terasa agak 'bosan' dgn kerja2 dakwah dan tarbiyah yg lebih kurang sama. namun, adakah krn hal ini di jadikan sbgai alasan sedikit demi sedikit lari dari jalan dakwah dan tarbiyah?

Krn rasa sudah letih.
Krn rasa tidak nampak hasilnya.
atau krn rsa sudah habis harta diinfa'kan utk jalan dakwah dan tabiyah sahaja?

inilah penyakit futur yg amat2 sy takuti jika berlaku dikalangan akhwat sy yg amat2 sy cintai dan sy sayangi krn ikatan seakidah.

eratkan ikatan hati kita utk dakwah ini..

perbetulkan niatmu..

inilahlah jalan dakwah dan tarbiyah..

prosesnya lama dan panjang..

pasti, kadang2 membuatkan org2 rasa bosan dan muak.

namun, Allah itu tahu.

Allah itu ada bersama2 kita.

di setiap langkah kita utk ad-din ini.

Knp harus ragu?
Knp harus merasakan kita tidak tertolong, sedangkan kita yg menutup diri kita utk di tolong?
Lupakah kita akan Allah yg sentiasa membuka pintu2 tawakal utk kita bersandar pd-Nya ??
Sedarlah duhai ukhti yg ikatan cinta kita terbina atas dasar akidah, atas dasar iman, juga atas dasar kasih syg Allah...

KITALAH PENGGERAK,KITALAH MURABBI,KITALAH MUTARABBI.....
dan kita jugalah...
makhluk Allah yg tak terlahir di dunia ini hanya utk bergoyang kaki..

kitalah seorang insan biasa yg memikul amanah berat mewaris amanah para nabi..
dakwah memang tidak memerlukan kita,
malah dakwah tidak rugi apa pun jika kita tidak memilihnya,

tetapi kitalah yg rugi.. krn tidak memilih dakwah!


ayuh ukhti, bangunlah!

serulah!

bumi ini sudah tenat.. oleh tangan2 manusia yg kufur akan nikmat dan hakikat.




wuallahu'alam..~

Wednesday, June 22, 2011

Realiti Perkahwinan Sekarang!!

Salam semua.....

Sabtu lalu, penulis menghadiri empat majlis perkahwinan dan satu kenduri arwah. Banyak lagi jemputan penulis uzurkan diri. Mungkin badan sudah panas manakala kepala pusing selepas makan terlalu banyak nasi beriani dan minyak, daging serta minum air batu. Demikianlah, orang
Melayu 'pulun' habis - ada yang sibuk menikahkan anak dan ada yang terkenangkan arwah tersayang menjelang bulan puasa tidak lama lagi. Itulah sebabnya mereka buat kenduri, kenduri dan kenduri lagi.

Apa yang penulis amati, majlis perkahwinan orang Melayu masa kini melalui evolusi masa, antaranya semua majlis yang dihadiri, tiada satu pun yang mengamalkan makan secara berhidang sebaliknya berdasarkan konsep layan diri - ceduk sendiri dan makan.

Layanan petugas adalah minimum - ada gadis dan pemuda yang menghulur buah tangan iaitu kotak kecil mengandungi gula-gula dan coklat tetapi bukanlah jenis coklat yang disalutkan ke strawberi! Sekarang hampir tiada buah tangan kotak telur bunga telur.

Khemah orang sekarang pun 'dahsyat-dahsyat'. Walau di ceruk kampung, khemahnya adalah daripada kain yang menyeret hingga ke tanah dan dalam waktu terakhir ini penulis tidak ketemui lagi khemah 'simple' daripada atap zink dan tiang besi. Kalau khemah dibuat daripada buluh, rasanya lagi sudah pupus tidak penulis ketemui.

Pendeknya sudah berlaku pelbagai perubahan dalam majlis perkahwinan orang Melayu. Ini termasuklah kad kahwin, yang baru-baru ini akak penulis mengomel. Katanya, apalah budak-budak sekarang, buat kad kahwin, disertakan gambar bakal pasangan pengantin berpeluk-peluk. Masa mereka ambil gambar itu, dia orang ingat dia sudah jadi suami isteri ke?

Budak-budak sekarang sudah melampau, kata pula seorang ustaz ketika majlis Israk Mikraj yang penulis hadiri baru-baru ini. Beliau mengulas tiga dugaan utama seseorang manusia (lelaki) iaitu perempuan, harta dan pangkat. Apabila memperkatakan dugaan perempuan, beliau
berkata budak-budak sekarang kalau bercinta, melampaui batas, berlebih-lebih.

Ambil contoh kalau seseorang pemuda itu sedang mabuk bercinta. Pukul tujuh, ketika ke masjid untuk solat maghrib, kita nampak dia di atas motor sedang bercakap dengan 'aweknya' menggunakan telefon of course, pukul 9.30 malam, ketika kita balik dari masjid, dia masih bertenggek atas motor itu, berbual lagi. Apa benda yang sedap sangat agaknya dia bualkan sampai berjam-jam itu? Tak terfikirkah dia maghrib sudah lepas, nanti Isyak dan subuh pun boleh terlepas sama.

Itulah orang sekarang, kata ustaz itu. Belum kahwin boleh bercakap berjam-jam, tetapi selepas kahwin senyap saja. Sebab masa belum kahwin dulu, dia dah cakap habis-habisan, jadi lepas kahwin dia tidak ada bahan nak cakap lagi. Pasangan ini sudah habis modal jadi mereka senyap ajelah, alih-alih kita dengar dia orang dah bercerai pula.

Ini berlainan dengan orang dulu, kata ustaz itu. Pasangan pengantin dulu tak kenal satu sama lain. Mereka ikut saja cakap mak bapak. Kalau keluarga mereka dah berkenaan kat seorang anak dara itu, mereka ikut saja. Ketika mula kahwin mereka 'silent' saja, tetapi selepas
beberapa tahun kahwin, tup-tup anak dah lapan, ade yg sampai 12! Itu tandanya apa? Tanda bahagialah tu!

Dalam sebuah kuliah subuh yang penulis hadiri, penceramah dalam bab nikah kahwin, berkata kalau kita sebagai bapa (penjaga) kepada anak-anak gadis, pilihlah bakal menantu yang baik agama dan akhlaknya. Jalankan siasatan dan risikan sama ada bakal menantu solat lima
waktu dan menunaikan amalan agama lain. Soalan pertama untuk rombongan bakal menantu, 'budak' tu sembahyang tak, bukan seperti kebanyakan kita yang bertanyakan, dia kerja apa, gaji dia berapa, 'pass' universiti mana dan pakai kereta apa?

Kalau soalan pertama (solat), dia 'fail', lebih baik jangan dijadikan menantu. Orang yang tidak solat, sudah pasti 'fail' dalam bab-bab lain seperti puasa. Kalau dia tidak takutkan Allah, bagaimana dia nak menjalankan tugasnya sebagai pemimpin dalam rumah tangga, nak
memimpin isteri dan anak-anaknya?

Bagi calon isteri pula, carilah juga yang kuat beragama walaupun ciri-ciri lain seperti keturunan, subur dan kecantikan juga penting. Janganlah seperti orang sekarang yang suka cari orang glamor seperti artis.

Perkahwinan adalah satu ibadat, bukan untuk bermegah-megah, kononnya dapat kahwin artis, pelakon hebat dan sebagainya tetapi agama dan akhlaknya tidak diperhatikan.

Kata ustaz itu, antara calon isteri yang baik ialah yang murah mas kahwinnya. Hal ini termasuklah wang hantarannya, tidaklah terlalu mengada-ngada seperti orang sekarang, hendakkan RM11,111.11 atau RM22,222.22 atau RM33,333.33 atau RM44,444.44.

Hidup biarlah berpada-pada, janganlah nak riak, nak menunjuk-nunjuk. Semuanya akan membawa kehancuran. Sia-sia saja amal perbuatan sedangkan kita hendakkan keredaan Allah SWT.




Sekian, wassalam.

Thursday, May 26, 2011

Iman Semut Vs Iman Manusia

Salam semua.....phew..lamanya xpost..mklumlah sdikit ksibukan dgn reports n sbgnya...do enjoy this very interesting comparison

IMAN SEMUT!!!

Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu; lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: " Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untuk ku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: " Wahai semut, berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong". Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, dia angkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Apabila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa". Itulah Iman Semut!!

IMAN MANUSIA??

Di zaman Imam Suffian, ada seorang hamba Allah yang kerjanya mengorek kubur orang mati. Kerja korek kubur orang mati bukan kerja orang ganjil. Bila ada orang mati, mayat terpaksa ditanam, oleh itu kubur perlu digali dulu. Tetapi yang ganjil mengenai hamba Allah ini ialah dia tidak gali kubur untuk tanam mayat. Sebaliknya apabila orang mati sudah ditanam, waris sudah lama balik ke rumah dan Munkar Nakir sudah menyoal, barulah penggali ini datang ke kubur untuk korek balik. Dia nak tengok macam mana rupa mayat setelah di INTERVIEW oleh Munkar Nakir.

Dia korek 1 kubur, 2 kubur, 3 kubur, 10 kubur, 50 kubur sampai 100 kubur. Lepas itu, penggali pergi kepada Imam Suffian dan bertanya kepadanya: "Ya Imam, kenapakah daripada 100 kubur orang Islam yang aku gali, dua sahaja yang mana mayat di dalamnya masih berhadap kiblat. Yang 98 lagi sudah beralih ke belakang?".

Jawab Imam Suffian:" Di akhir zaman hanya 2 dari 100 umat Islam yang percaya rezeki itu di tangan Allah. 98 orang lagi tidak percaya bahawa rezeki di tangan Tuhan".

Itulah sebabnya apabila umat Islam tertekan dengan SOGOKAN duit yang banyak, biasanya, iman dia akan beralih. Nyatalah iman semut lebih kuat dari iman manusia.

Kata Saidina Ali kepada Kamil: " ILMU ITU LEBIH BAIK DARIPADA HARTA, ILMU MENJAGA ENGKAU DAN ENGKAU MENJAGA HARTA, ILMU MENJADI HAKIM, HARTA DIHAKIMKAN, HARTA BERKURANGAN APABILA DIBELANJAKAN DAN ILMU BERTAMBAH APABILA DIBELANJAKAN".

Vs
Sekian,WA

Monday, May 16, 2011

Maths Oh Maths

Salam semua.....mari kita lihat keindahan maths arini...

mulakn dgn

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

seterusnya

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

Lagi

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:


KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%


Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi


LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%





subhanallah


wallahu'alam

Tangisan Malaikat!!!!

Salam...........

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.


Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. "

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu , baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."

Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Wallahu'alam

Saturday, May 7, 2011

Nilai Kasih Ibu

Salam smua.....

ok...bersempena dgn Hari Ibu yg akn dtg....ini satu cerita yg berkait dgn kasih syg seorg ibu....scara xlgsg mcm mngubat rindu diri kpd mak sndri..tp dtgaskan di sini.....setiap hari ialah Hari Ibu.....xperlu satu hari yg spesifik utk kita mmbuat baik dan mnnjukkan betapa sygnya kita trhdap ibu kita.....apa2 pun....do enjoy the story


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA


Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA


Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA


Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

'love your God and your parents before u love somebody'

wallahu'alam

Sunday, April 17, 2011

Wanita@Hawa@Perempuan......

Salam semua.....

Entry kali ini ialah hasil nukilan kawan saya yg malu utk memasarkan hasil kerja beliau sendiri...jadi nikmatilah hasil nukilan beliau melalui blog saya.....

“Dek terkesan akan penulisan orang lain membuat diri ini turut ingin menulis sedikit coretan. Bukan apa,cuma ingin berkongsi sedikit pemikiran logik berdasarkan ketetapan ALLAH S.W.T yang indah lagi suci. Si penulis agak terlalu taksub akan channel national geographic sehingga membuatkan diriku sentiasa melihat akan makhluk Allah S.W.T yang digelar haiwan oleh kita(manusia). Sekiranya dilihat secara teliti kebanyakan haiwan jantan akan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri yang membuatkan si betina tertarik akan kelainan yang ada pada diri si jantan itu sendiri. Penulis ingin mengatakan dalam dunia haiwan ini si jantan kelihatan menarik berbanding si betina.

Sebagai contoh yang ingin dibawa di sini ialah singa, hanya si jantan yang mempunyai jambang yang menarik dan bukannya si betina.Burung merak juga merupakan salah satu contoh kerana hanya jantan mempunyai ekor yang cantik berwarna-warni sehingga boleh membuat kita leka melihatnya dan bukan si betina.

Hal ini menyebabkan si penulis sering bertanya pada diri kenapa dalam dunia haiwan berbeza dengan dunia manusia di mana perempuan berusaha mencantikkan diri bagi menarik perhatian diri si lelaki.Bukankah haiwan itu sentiasa menurut fitrahnya yang semula jadi dan sepenuhnya dari Allah S.W.T, jadi mengapakah ada perbezaan dengan kehidupan manusia yang dikatakan sebagai khalifah di dunia ini???!!!

Pihak manakah yang lebih betul???? Manusia yang perempuannya berusaha menjadi cantik bagi menarik perhatian si lelaki atau haiwan yang si jantan yang cantik bagi menarik perhatian si betina???

Erm di sini Islam telah memberikan jawapan secara tidak langsung di mana mengapa perempuan diwajibkan bertudung sedangkan bagi sesetengah pihak tudung itu tidak seksi. Malah terdapat juga sesetengah golongan yang berpurdah. Jika difikirkan dan dikaitkan dengan dunia haiwan terdapat persamaan kerana apabila bertudung dan berpurdah si perempuan tidaklah perlu terlalu berusaha menjadi cantik bagi menarik perhatian lelaki malah lelakilah yang harus berusaha menjadi tarikan kepada seseorang wanita.

Namun kini, banyak pihak sering menyalahkan tudung sebagai alat yang menghalang berfesyen. Sebenarnya jika difikirkan kembali, adakah Islam mengongkong kita untuk berfesyen ataupun fesyen mengongkong kita untuk berIslam(mengamalkan Islam).

Ada logik juga di sini, si penulis ada melihat satu video yang mengatakan fesyen mengongkong si pemakainya. Setelah terlalu taksub dengan fesyen sehingga terlalu ingin mengikut fesyen terkini, si pemakai terpaksa berhabis ratusan malah ribuan ringgit sebulan.Namun, Islam itu mudah tidaklah menegah berfesyen tapi untuk tujuan apa?? adakah untuk nampak cantik semata-mata??!!

Coretan ini tidaklah lebih dari luahan perasaan si penulis amatur setelah berfikir mengenai kejadian alam ini.

~karangan ibnu Zainal.

Beserta dengan penulisan kawan saya ini,saya sertakan sebuah puisi khas untuk wanita sekalian


Hawa,

Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang

meringankan beban suamimu,

andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli

dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui

keayuannya, keremajaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya

dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang

bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta

kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita

yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,

kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya

cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan

kebahagiaan buat dirimu ,

cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang

membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi

cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia

selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga

yang mengoncangiman lelaki.



wallahu'alam

Saturday, April 16, 2011

Lidah yg Akan Membinasakan.....

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.


Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


Pesan Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata,
"ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan."


Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.

Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Pernah Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga.

Jawab Baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak."

Ketika Baginda ditanya lagi pula apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya."
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).


Rasulullah bersabda bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya)


Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.

Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredaiNya.





sekian,wallahu'alam.........





Sunday, April 10, 2011

Surat Sayang Dari ALLAH SWT

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada AKU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan
diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,tetapi engkau terlalu sibuk .........

Di satu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu
kepadaKU.

Sebelum sarapan AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......

Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau
kerjakan.Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya. Tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg
ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut.

Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur dari
hatimu. Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........Zuhur ....... Asar..........Maghrib ......... Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.....tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, tak ada rasa, dan tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.........

Apa salahKU padamu ...... wahai UmatKU????? Rezeki yang AKU limpahkan, kesihatan yang AKU berikan, harta yang AKU relakan, makanan yang AKU hidangkan, anak-anak yang AKU rahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap AKU ...... Yang selalu menyertaimu setiap saat ........

Note: apakah kita memiliki cukup waktu untuk mengirimkan surat ini kepada
orang-orang yang kita sayangi??? Untuk mengingatkan mereka bahawa segala apapun
yang kita terima hingga saat ini, datangnya hanya dari ALLAH semata-mata




waallahu'alam



Friday, April 1, 2011

IBLIS!!!!!!!!

Anas bin Malik (R.A) berkata:

Iblis bertanya kepada Alla, katanya, Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah kepadaku tempat kediaman untukku.

Firman Allah : Tempat kediamanmu adalah tandas.

Iblis bertanya lagi ,Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?

Firman Allah : Tempatmu berkumpul adalah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.

Iblis bertanya : Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab(Al-Quran) untuk mereka membacanya,tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?

Firman Allah : Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.

Iblis bertanya : Wahai Tuhanku! Engkau berikan mereka(anak Adam) cerita-cerita benar,apakah pula cerita bagiku?

Firman Allah : Cerita bagimu adalah kata-kata kesat dan dusta.

Iblis bertanya : Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang bersembahyang, apakah pula azan untukku?

Firman Allah : Azan bagimu ialah seruling.

Kenapa???? Kenapa??? Kenapa???

Salam semua....ingin berkongsi bersama-sama persoalan yg mungkin pernah terlintas di hati seseorang,lebih-lebih lagi sbg seorang pelajar sama ada di peringkat sekolah rendah,menengah rendah,menengah atas sehinggakan universiti juga terasa benda yg sama....

1.Kenapalah manusia ini kene berpuak-puak???
2.Kenapa manusia yg diberikan Allah S.W.T sedikit paras rupa atau rezeki akan memandang rendah rakan-rakan yg berada di bawah?? Adakah mereka tiada hati perut??
3.Kenapalah manusia suka memanggil atau memberi jolokan nama yg kurang enak didengar telinga kepada orang yg mereka rasa sbg bahan lawak dan ketawa???? Adakah mereka diajar oleh ibu bapa sedemikian,iaitu meneriak nama yg tidak sepatutnya mereka teriak???
4.Kenapalah manusia tidak tahu erti hormat??? Adakah ptut keluar dari dewan yg sdg mnjalankan majlis??? Tahukah penganjur telah berhempas pulas utk mnjayakan majlis hanya utk mereka??? Apakah agknya perassan anda apabila org berarak keluar meninggalkan majlis anda tatkala anda sdg bersanding???
5.Kenapalah mereka sering melabelkan seseorang berdasarkan perwatakan??? Adakah diri sendiri yg melabel sudah ckup bgus??? Apakah masalahnya jika anda berdepan dgn si empunya bdan smbil mngatakan dgn cara yg berhikmah ttg apa yg anda rasa tuan bdan perlu ubah???


Sebaliknya,skeptikal masyarakat zaman sekarang ialah

1.Berpuak-puak ini adalah suatu kemestian....jika tiada puak,maka tergolonglah anda dlam kumpulan yg dpulaukan....
2.Kalau yg handsome mesti dgn yg handsome,yg cantik mesti dgn yg cantik....kalau yg dikurniakan sedikit lebih rezeki mesti berdampingan dgn yg sama waktu dgnnya.....masalahnya....adakah jatuh standard anda apabila yg cantik berjalan bersama yg kurang?? Adakah jatuh standard anda apabila yg kacak berjalan bersama yg kurang?? Bagi mereka,ia adalah satu keaiban...
3.Panggilan ini semua adalah sbg salah stu rutin harian....apabila disalahkan ibu bapa mereka selalunya marah tapi mereka memanggil ibu bapa orang lain itu trsgt lah 'bgus'.....
4.Hormat??? Bkan kah hormat hanya apabila berjalan dpan org tua perlulah membongkokkan sedikit bdan?? Itulah definisi hormat bagi mereka....
5.Cukup dgn hanya kenal perwatakan,maka anda boleh memanggil sesiapa shj dgn gelaran yg anda rasa sesuai dgn dirinya....adilkah??? Dan jikapun dirinya agak atau terlalu annoying,adakah dgn mngutuk dan mengumpat mngenai dpat mrubah dirinya??? Anda shrusnya membimbing daripada mngutuk...adakah anda pasti yg sdg diktuk tidak terasa...minta ampun dari Ilahi ialah lagi sng dr meminta maaf dari manusia....sedikit bait dari sebuah lgu...

You may say that I'm a freakshow

But, hey, give me just a little time

I bet you're gonna change your mind


Jadi sbg konklusi besar ialah don't judge a book by its cover,get to know a person real well before you jump into any silly statement....
Minta maaf dan ampun jika post kali ini ada membuat sesiapa terasa kerana post ini lbih kepada luahan hati yg musykil....

Sunday, March 27, 2011

Manusia lagi Jahat Dari Syaitan ke Sebalik nyer????

Salam semua...bru balik dari i-prokhas siri 5 bersama-sama rakan2 dari program American Degree Foundation Programme....overall sgt best....trpggil utk share satu cerita yg disampaikan oleh Ustaz Dr.Affandi...tak igat in detail tp secara kasarnya adalah main point...

Ceritanya bermula dgn seekor syaitan yg direjam ingin mnggoda seorang drpd khalifah di muka bumi ini supaya tidak menunaikan solat Zohor.....
Maka syaitan tersebut menyamarkan dirinya menjadi seorang manusia yg juga merupakan sahabat kpd khalifah Allah itu dan mengatur strategi untuk menjayakan 'rancangannya'....

Belum sempat syaitan bertopengkan manusia itu memulakan langkah penyesatan pertama...manusia itu sendiri yg mngajak syaitan tersebut kluar....dgn girangnya syaitan tersebut bersetuju....

Azan Zohor berkumandang mengisi halwa telinga manusia.....smua mula bergerak mnuju ke musolla yg trdekat utk mnunaikan kwajipan....namun manusia yg bersama-sama syaitan tersebut msih berlegar-legar di luar tanpa menghiraukan panggilan Allah...syaitan tersebut begitu 'bersyukur' kerana tanpa perlu melakukan apa-apa....manusia itu sendiri tidak menunaikan solatnya...

Masa berlalu dan waktu Asar semakin tiba....Apabila azan Asar dilaungkan,sekali lagi manusia yg bersama-sama syaitan tersebut masih melakukan perbuatan yang sama ketika waktu Zohor....dan keadaan ini berlanjutan sehingga ke waktu maghrib.....

Akhirnya,syaitan tersebut begitu hairan lalu mengatakan kepada manusia....
"wahai hamba Allah,aku ini adalah syaitan yg menyamar sbgai sahabatmu kerana aku ingin menyesatkan dirimu tetapi rupa-rupanya kamu sendiri lebih jahat dariku"

Berang dgn penyataan syaitan tersebut.....manusia itu pula membalas
"hei,kamu itulah yg sejahat-jahat makhluk,adakah btul pernyataanmu itu?"menjegilkan matanya...

Syaitan dgn selamba membalas

"ya,mmg benar aku makhluk yg jahat...tetapi aku hanya menjadi jahat kerana aku enggan mengikuti perintah Allah iaitu sujud kepada nabi Adam A.S yg merupakan bapa sekalian manusia manakal kamu pula telah mengingkari perintah Allah SWT utk sujud kpdNya sbnyak tiga kali pd hari ini.....apakah hujahmu utk melawan aku?

begitulah lumrah manusia.....

sekian Wassalam

Monday, March 21, 2011

Kekayaan???Kejayaan???Kasih Sayang???

Salam...hehe....lama nyer xpost entry baru.....harap dpat manfaatkan...


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga org lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.. Wanita itu bertanya ,"Saya tidak fikir saya mengenali anda semua,tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata." Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.
"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang!"Wanita itu keluar dan menjemput ketiga- tiga lelaki tua itu
masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab "Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan:"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi," Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."
Dia menyambung lagi," Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput
kedalam rumah."Wanita itu pun masuk semula kedalam dam memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata."Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan Kekayaan!"Isterinya tidak bersetuju.

"Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang
lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya:

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tu," kata suami itu kepada isterinya.
"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami."
Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan megikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan:

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab:"Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Di mana-mana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Begitulah kisahnya........ KASIH SAYANG TIDAK DAPAT DIJUAL BELI.

Wallahu'alam

Monday, March 14, 2011

Hairan ya.............

Hairan ya....
Betapa mudahnya orang mengabaikan ALLAH.......
Dan mereka hairan bagaimana dunia menjadi hancur...

Hairan ya..........
Kita percaya dengan adanya Al-Quran..tapi mempersoalkan apa yang tertulis didalamnya?

Hairan ya.......
Bagaimana setiap orang ingin masuk syurga yang disediakan, tetapi mereka tidak mempercayai,berfikir,berkata atau mengamalkan apapun yang terkandung di dalam Al-Quran?

Hairan ya........
Bagaimana orang boleh berkata "Aku percaya kepada ALLAH".....
tapi masih mengikuti jejak langkah syaitan..

Hairan ya.....
Kita mampu mengirim ribuan "joke" melalui e- mail dan dalam sekelip mata ia mampu tersebar seperti tersebarnya api tatkala ada minyak.........
Tapi apabila kita mulai mengirim e-mail@pesanan tentang ALLAH,orang akan berfikir dua,tiga bahkan banyak kali lah untuk menyebarkannya..

Hairan ya......
Ketika seseorang yang kita sayangi memanggil kita, serta merta kita datang untuk penuhi panggilannya...
Tapi ketika ALLAH memanggil kita (azan), biasanya kita akan malas dengan alasan waktunya masih panjang..
Aneh kan?

Hairan ya...........
Bagaimana begitu ramai orang pada setiap hari jumaat mengingati ALLAH...
tetapi jadi muslim yang tak terlihat di sisa minggunya...


Renungkn Bersama.....
Sekian....