Sunday, April 17, 2011

Wanita@Hawa@Perempuan......

Salam semua.....

Entry kali ini ialah hasil nukilan kawan saya yg malu utk memasarkan hasil kerja beliau sendiri...jadi nikmatilah hasil nukilan beliau melalui blog saya.....

“Dek terkesan akan penulisan orang lain membuat diri ini turut ingin menulis sedikit coretan. Bukan apa,cuma ingin berkongsi sedikit pemikiran logik berdasarkan ketetapan ALLAH S.W.T yang indah lagi suci. Si penulis agak terlalu taksub akan channel national geographic sehingga membuatkan diriku sentiasa melihat akan makhluk Allah S.W.T yang digelar haiwan oleh kita(manusia). Sekiranya dilihat secara teliti kebanyakan haiwan jantan akan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri yang membuatkan si betina tertarik akan kelainan yang ada pada diri si jantan itu sendiri. Penulis ingin mengatakan dalam dunia haiwan ini si jantan kelihatan menarik berbanding si betina.

Sebagai contoh yang ingin dibawa di sini ialah singa, hanya si jantan yang mempunyai jambang yang menarik dan bukannya si betina.Burung merak juga merupakan salah satu contoh kerana hanya jantan mempunyai ekor yang cantik berwarna-warni sehingga boleh membuat kita leka melihatnya dan bukan si betina.

Hal ini menyebabkan si penulis sering bertanya pada diri kenapa dalam dunia haiwan berbeza dengan dunia manusia di mana perempuan berusaha mencantikkan diri bagi menarik perhatian diri si lelaki.Bukankah haiwan itu sentiasa menurut fitrahnya yang semula jadi dan sepenuhnya dari Allah S.W.T, jadi mengapakah ada perbezaan dengan kehidupan manusia yang dikatakan sebagai khalifah di dunia ini???!!!

Pihak manakah yang lebih betul???? Manusia yang perempuannya berusaha menjadi cantik bagi menarik perhatian si lelaki atau haiwan yang si jantan yang cantik bagi menarik perhatian si betina???

Erm di sini Islam telah memberikan jawapan secara tidak langsung di mana mengapa perempuan diwajibkan bertudung sedangkan bagi sesetengah pihak tudung itu tidak seksi. Malah terdapat juga sesetengah golongan yang berpurdah. Jika difikirkan dan dikaitkan dengan dunia haiwan terdapat persamaan kerana apabila bertudung dan berpurdah si perempuan tidaklah perlu terlalu berusaha menjadi cantik bagi menarik perhatian lelaki malah lelakilah yang harus berusaha menjadi tarikan kepada seseorang wanita.

Namun kini, banyak pihak sering menyalahkan tudung sebagai alat yang menghalang berfesyen. Sebenarnya jika difikirkan kembali, adakah Islam mengongkong kita untuk berfesyen ataupun fesyen mengongkong kita untuk berIslam(mengamalkan Islam).

Ada logik juga di sini, si penulis ada melihat satu video yang mengatakan fesyen mengongkong si pemakainya. Setelah terlalu taksub dengan fesyen sehingga terlalu ingin mengikut fesyen terkini, si pemakai terpaksa berhabis ratusan malah ribuan ringgit sebulan.Namun, Islam itu mudah tidaklah menegah berfesyen tapi untuk tujuan apa?? adakah untuk nampak cantik semata-mata??!!

Coretan ini tidaklah lebih dari luahan perasaan si penulis amatur setelah berfikir mengenai kejadian alam ini.

~karangan ibnu Zainal.

Beserta dengan penulisan kawan saya ini,saya sertakan sebuah puisi khas untuk wanita sekalian


Hawa,

Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang

meringankan beban suamimu,

andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli

dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui

keayuannya, keremajaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya

dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang

bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta

kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita

yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,

kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya

cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan

kebahagiaan buat dirimu ,

cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang

membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi

cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia

selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga

yang mengoncangiman lelaki.



wallahu'alam

5 comments:

  1. Cakap dengan kawan kw, sebuah nukilan yang menarik... Terkesan ak...

    ReplyDelete
  2. nice entry,,,tersentap ak baca bagi seorng lelaki,,,

    ReplyDelete
  3. chicco: kwn aku je? ehem2....
    poe: ko trsentap?

    ReplyDelete
  4. eh, dh die yang tulis... kw post je an??

    ReplyDelete