SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.
Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)
Pesan Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)
Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata,
"ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan."
Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.
Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.
Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.
Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.
Pernah Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga.
Jawab Baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak."
Ketika Baginda ditanya lagi pula apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."
Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya."
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).
Rasulullah bersabda bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya)
Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.
Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredaiNya.
sekian,wallahu'alam.........
Semoga dijauhkan lidah kita dari menempah tiket ke neraka...
ReplyDeletelike :)... harap kita praktikkan kt kelas ye jali.. insyaallah
ReplyDeletep/s anatolia lagu theme blog... mendayu~