Monday, May 16, 2011

Maths Oh Maths

Salam semua.....mari kita lihat keindahan maths arini...

mulakn dgn

1 x 8 + 1 = 9

12 x 8 + 2 = 98

123 x 8 + 3 = 987

1234 x 8 + 4 = 9876

12345 x 8 + 5 = 98765

123456 x 8 + 6 = 987654

1234567 x 8 + 7 = 9876543

12345678 x 8 + 8 = 98765432

123456789 x 8 + 9 = 987654321

seterusnya

1 x 9 + 2 = 11

12 x 9 + 3 = 111

123 x 9 + 4 = 1111

1234 x 9 + 5 = 11111

12345 x 9 + 6 = 111111

123456 x 9 + 7 = 1111111

1234567 x 9 + 8 = 11111111

12345678 x 9 + 9 = 111111111

123456789 x 9 +10= 1111111111

Lagi

9 x 9 + 7 = 88

98 x 9 + 6 = 888

987 x 9 + 5 = 8888

9876 x 9 + 4 = 88888

98765 x 9 + 3 = 888888

987654 x 9 + 2 = 8888888

9876543 x 9 + 1 = 88888888

98765432 x 9 + 0 = 888888888


Hebatkan?

Dan cuba lihat simetri ini:

1 x 1 = 1

11 x 11 = 121

111 x 111 = 12321

1111 x 1111 = 1234321

11111 x 11111 = 123454321

111111 x 111111 = 12345654321

1111111 x 1111111 = 1234567654321

11111111 x 11111111 = 123456787654321

111111111 x 111111111 = 12345678987654321

Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?

Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTU VWXYZ

Digambarkan sebagai:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

Jika:


KERJA KERAS

11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%


H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

Dan:

Knowledge

11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%

Serta

SIKAP

19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%


Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Sikap diri atau attitude adalah yang utama untuk mencapai 100%. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude masih belum dapat 100% lagi.

Tapi


LOVE OF GOD

12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH

19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%





subhanallah


wallahu'alam

Tangisan Malaikat!!!!

Salam...........

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah S.W.T telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah."Lalu Allah S.W.T berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam A.S kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.


Kemudian Allah S.W.T merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah S.W.T membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah S.W.T melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggaan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah S.W.T membalas tipu daya iblis, maka menangislah Jibril dan Mikail. Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu."Firman Allah bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu. "

Lalu Allah berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum."

Berkata lagi iblis, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah."

Berkata iblis lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu , baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka."

Hal ini ada disebutkan dalam surah al-Isra ayat 64 yang bermaksud :
"Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Wallahu'alam

Saturday, May 7, 2011

Nilai Kasih Ibu

Salam smua.....

ok...bersempena dgn Hari Ibu yg akn dtg....ini satu cerita yg berkait dgn kasih syg seorg ibu....scara xlgsg mcm mngubat rindu diri kpd mak sndri..tp dtgaskan di sini.....setiap hari ialah Hari Ibu.....xperlu satu hari yg spesifik utk kita mmbuat baik dan mnnjukkan betapa sygnya kita trhdap ibu kita.....apa2 pun....do enjoy the story


Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00



Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.


Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA


Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA


Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA


Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA


Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA


Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

'love your God and your parents before u love somebody'

wallahu'alam

Sunday, April 17, 2011

Wanita@Hawa@Perempuan......

Salam semua.....

Entry kali ini ialah hasil nukilan kawan saya yg malu utk memasarkan hasil kerja beliau sendiri...jadi nikmatilah hasil nukilan beliau melalui blog saya.....

“Dek terkesan akan penulisan orang lain membuat diri ini turut ingin menulis sedikit coretan. Bukan apa,cuma ingin berkongsi sedikit pemikiran logik berdasarkan ketetapan ALLAH S.W.T yang indah lagi suci. Si penulis agak terlalu taksub akan channel national geographic sehingga membuatkan diriku sentiasa melihat akan makhluk Allah S.W.T yang digelar haiwan oleh kita(manusia). Sekiranya dilihat secara teliti kebanyakan haiwan jantan akan mempunyai kelebihan mereka yang tersendiri yang membuatkan si betina tertarik akan kelainan yang ada pada diri si jantan itu sendiri. Penulis ingin mengatakan dalam dunia haiwan ini si jantan kelihatan menarik berbanding si betina.

Sebagai contoh yang ingin dibawa di sini ialah singa, hanya si jantan yang mempunyai jambang yang menarik dan bukannya si betina.Burung merak juga merupakan salah satu contoh kerana hanya jantan mempunyai ekor yang cantik berwarna-warni sehingga boleh membuat kita leka melihatnya dan bukan si betina.

Hal ini menyebabkan si penulis sering bertanya pada diri kenapa dalam dunia haiwan berbeza dengan dunia manusia di mana perempuan berusaha mencantikkan diri bagi menarik perhatian diri si lelaki.Bukankah haiwan itu sentiasa menurut fitrahnya yang semula jadi dan sepenuhnya dari Allah S.W.T, jadi mengapakah ada perbezaan dengan kehidupan manusia yang dikatakan sebagai khalifah di dunia ini???!!!

Pihak manakah yang lebih betul???? Manusia yang perempuannya berusaha menjadi cantik bagi menarik perhatian si lelaki atau haiwan yang si jantan yang cantik bagi menarik perhatian si betina???

Erm di sini Islam telah memberikan jawapan secara tidak langsung di mana mengapa perempuan diwajibkan bertudung sedangkan bagi sesetengah pihak tudung itu tidak seksi. Malah terdapat juga sesetengah golongan yang berpurdah. Jika difikirkan dan dikaitkan dengan dunia haiwan terdapat persamaan kerana apabila bertudung dan berpurdah si perempuan tidaklah perlu terlalu berusaha menjadi cantik bagi menarik perhatian lelaki malah lelakilah yang harus berusaha menjadi tarikan kepada seseorang wanita.

Namun kini, banyak pihak sering menyalahkan tudung sebagai alat yang menghalang berfesyen. Sebenarnya jika difikirkan kembali, adakah Islam mengongkong kita untuk berfesyen ataupun fesyen mengongkong kita untuk berIslam(mengamalkan Islam).

Ada logik juga di sini, si penulis ada melihat satu video yang mengatakan fesyen mengongkong si pemakainya. Setelah terlalu taksub dengan fesyen sehingga terlalu ingin mengikut fesyen terkini, si pemakai terpaksa berhabis ratusan malah ribuan ringgit sebulan.Namun, Islam itu mudah tidaklah menegah berfesyen tapi untuk tujuan apa?? adakah untuk nampak cantik semata-mata??!!

Coretan ini tidaklah lebih dari luahan perasaan si penulis amatur setelah berfikir mengenai kejadian alam ini.

~karangan ibnu Zainal.

Beserta dengan penulisan kawan saya ini,saya sertakan sebuah puisi khas untuk wanita sekalian


Hawa,

Andai engkau masih remaja,

jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu,

andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang

meringankan beban suamimu,

andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar

memperjuangkan ad-din Allah.


Hawa,

Andai engkau belum berkahwin

jangan kau risau jodohmu, ingatlah hawa janji Tuhan

Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim

kerana khuatir dari mata jatuh ke hati,

maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli

dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa,

lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya,

lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui

keayuannya, keremajaannya,serta kemampuannya mengoncang iman lelaki.

Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya

dan yang penting pegangan agamanya.

Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang

bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya.

Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta

kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita

yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu ,

kuatkan pendirianmu.

Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya

cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu,

biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan

kebahagiaan buat dirimu ,

cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang

membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi

cinta daripada insan yang juga menyintai Allah.

Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah.

Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia

selain dari cinta keluarga.

Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga

yang mengoncangiman lelaki.



wallahu'alam

Saturday, April 16, 2011

Lidah yg Akan Membinasakan.....

SESEORANG Muslim mesti memelihara lidahnya daripada menuturkan kata-kata tidak berfaedah, percakapan kosong, mengumpat keji dan mengadu-domba.


Rasulullah SAW memberi banyak ingatan mengenai perkara itu dan antaranya, sabda Baginda bermaksud: "Tidaklah dihumbankan muka manusia ke dalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


Rasulullah juga bersabda bermaksud: "Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji."
(Hadis riwayat at-Tirmizi)


Pesan Rasulullah bermaksud: "Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan siapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya."
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)


Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata,
"ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan."


Apabila bercakap dan berdiam diri adalah sama saja hasilnya, maka mengikut sunnahnya adalah lebih baik berdiam diri.

Percakapan yang diharuskan mungkin membawa kepada yang haram atau makruh.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah dia mengucapkan perkataan yang baik dan kalau tidak, hendaklah diam."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


Hadis di atas membawa maksud bahawa seseorang yang beriman itu perlu sentiasa mengawasi lidahnya dan apabila berkata, hanya kepada perkara yang memberi kebaikan kepada dirinya dan orang lain.

Jika tidak dapat memberi sesuatu yang membawa kebaikan, maka adalah lebih baik berdiam diri saja.

Pernah Rasulullah ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam syurga.

Jawab Baginda: "Takwa kepada Allah dan keindahan akhlak."

Ketika Baginda ditanya lagi pula apakah yang paling banyak memasukkan orang ke dalam neraka? Baginda menjawab: "Kejahatan mulut dan kemaluan."

Sabda Rasulullah SAW lagi bermaksud: "Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksa-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya."
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya).


Rasulullah bersabda bermaksud: "Tidak akan lurus iman seseorang hamba, sehingga lurus pula hatinya, dan tidak akan lurus hatinya sehingga lurus pula lidahnya. Dan seorang hamba tidak akan masuk syurga selagi tetangganya belum aman daripada kejahatannya."
(Hadis riwayat Ibnu Abib-Duanya)


Begitulah pentingnya seseorang itu memelihara lidahnya daripada percakapan yang buruk, keji dan tidak mendatangkan faedah.

Allah mengurniakan umatnya dengan sebaik-sebaiknya nikmat dan nikmat lidah yang diberikan, hendaklah digunakan ke jalan yang diredaiNya.





sekian,wallahu'alam.........





Sunday, April 10, 2011

Surat Sayang Dari ALLAH SWT

Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan berbicara kepada AKU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu hari ini atau kelmarin ......Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan
diri untuk pergi bekerja .......

AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap, AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU,tetapi engkau terlalu sibuk .........

Di satu tempat, engkau duduk disebuah kerusi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun. Kemudian AKU melihat engkau menggerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telefon dan menghubungi seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.
AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari. Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu
kepadaKU.

Sebelum sarapan AKU melihatmu memandang sekeliling, mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU, itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu. Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......

Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU, meskipun saat engkau pulang ke rumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau
kerjakan.Setelah tugasmu selesai, engkau menyalakan TV, engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya. Tanpa memikirkan apapun dan hanya menikmati acara yg
ditampilkan. Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu tetapi kembali kau tidak berbicara kepadaKU .........

Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah. Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu, kau melompat ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU kau sebut.

Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu. AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari. AKU bahkan ingin mengajarkan bagaimana bersabar terhadap orang lain. AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur dari
hatimu. Keesokan harinya ...... engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini kau akan memberiku sedikit waktu untuk menyapaKU .......Tapi yang KU tunggu........ tak kunjung tiba ...... tak juga kau menyapaKU.

Subuh ........Zuhur ....... Asar..........Maghrib ......... Isya' dan Subuh kembali, kau masih mengacuhkan AKU.....tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, tak ada rasa, dan tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU.........

Apa salahKU padamu ...... wahai UmatKU????? Rezeki yang AKU limpahkan, kesihatan yang AKU berikan, harta yang AKU relakan, makanan yang AKU hidangkan, anak-anak yang AKU rahmatkan, apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU............!!!!!!!

Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat engkau akan menyapaKU, memohon perlindungan KU, bersujud menghadap AKU ...... Yang selalu menyertaimu setiap saat ........

Note: apakah kita memiliki cukup waktu untuk mengirimkan surat ini kepada
orang-orang yang kita sayangi??? Untuk mengingatkan mereka bahawa segala apapun
yang kita terima hingga saat ini, datangnya hanya dari ALLAH semata-mata




waallahu'alam



Friday, April 1, 2011

IBLIS!!!!!!!!

Anas bin Malik (R.A) berkata:

Iblis bertanya kepada Alla, katanya, Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah kepadaku tempat kediaman untukku.

Firman Allah : Tempat kediamanmu adalah tandas.

Iblis bertanya lagi ,Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan anak Adam berkumpul di masjid, di manakah pula tempatku berkumpul?

Firman Allah : Tempatmu berkumpul adalah di pasar-pasar, pesta, pusat membeli-belah, kelab malam, tempat hiburan serta majlis-majlis maksiat.

Iblis bertanya : Wahai Tuhanku! Engkau berikan anak Adam itu kitab(Al-Quran) untuk mereka membacanya,tunjukkanlah apa pula bahan bacaanku?

Firman Allah : Bacaan untukmu ialah syair dan sajak yang melalaikan.

Iblis bertanya : Wahai Tuhanku! Engkau berikan mereka(anak Adam) cerita-cerita benar,apakah pula cerita bagiku?

Firman Allah : Cerita bagimu adalah kata-kata kesat dan dusta.

Iblis bertanya : Wahai Tuhanku! Engkau telah berikan azan kepada anak Adam untuk memanggil orang bersembahyang, apakah pula azan untukku?

Firman Allah : Azan bagimu ialah seruling.